Tuesday, January 6, 2009

Masalah Ginjal? Kesan Awal


Gambar disebelah menunjukkan kedudukan ginjal di dalam badan.
Ianya adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah menyebelah tulang belakang bawah sedikit kepada rangka tulnag rusuk. Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut :-
1) Membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan darah.
2) Menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan membuangkan yang lain.
3)Menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang.
Apakah yang akan terjadi apabila Ginjal musnah ?
Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika pengubatan secara ‘dialisis dijalankan’
Apakah penyakit-penyakit ginjal ?
Penyakit ginjal tidak hanya satu jenis. Bahkan terdapat berbagai-bagai penyakit yang berbeza mengikut kompenan ginjal yang terlibat. Penyakit ginjal termasuk :-
@infeksi saluran kencing
saluran kencing tersenkat, misalnya batu dalan ginjal, cysts dan lain-lain
@tekanan darah tinggi (hypertension)
@Glomerulonephritis
@Nephrosis
@Lain-lain, misalnya kencing manis, kerosakan akibat kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain.
Tanda- tanda amaran penyakit ginjal
@kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
@kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
mengeluarkan kencing berdarah
@bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
@kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
@tekanan darah tinggi.
Jika terdapat tanda-tanda ini minta nasihat doktor anda. Setengah penyakit ginjal menyerang tanpa apa-apa tanda, oleh itu pastikan kencing anda diperiksa tiap-tiap tahun.

No comments: